Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan terbuka kepada murid prasekolah berumur 6 tahun tadika-tadika kerajaan, swasta dan persendirian dari seluruh Malaysia.

  1. Peserta mestilah warganegara Malaysia.

  1. Sumber bahan cerita hendaklah menepati kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2021- 2030 dan hendaklah dipilih daripada medium berikut:
    1. Buku-buku cerita kanak-kanak keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka atau yang terdapat dalam pasaran
    2. Cerita-cerita dari majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka atau media massa lain.
    3. Hasil karya sendiri.

  1. Kualiti cerita
    1. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, bangsa dan agama.
    2. Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur anak-anak.
    3. Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan bersesuaian dengan tema Dekad Membaca Kebangsaan, serta tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

  1. Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 4 minit hingga 5 minit.

  1. Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan (Tidak melebihi 1 minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

  1. Peserta dibenarkan memakai kostum dan menggunakan prop tetapi tiada sebarang peruntukan markah. Pakaian seragam tadika masing-masing dibenarkan.

  1. Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

  1. Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2 baris. Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak penganjur semasa pendaftaran penyertaan secara dalam talian berserta video.

  1. Bahasa penyampaian wajib dalam Bahasa Melayu.

  1. Video mestilah berdurasi antara 4-5 minit.

  1. Video perlu menunjukkan keseluruhan pergerakan peserta.

  1. Spesifikasi video adalah seperti berikut:
    1. Resolusi minimum adalah 720p atau 1280×720
    2. Format MP4 atau MOV

  1. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan seperti suntingan video menggunakan suara latar orang lain, menggunakan identiti orang lain, aksi bercerita yang tidak beretika dan lain-lain yang boleh menjejaskan nama baik penganjur dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

  1. Rakaman video yang dihantar untuk pertandingan ini menjadi hak milik penganjur. Penganjur berhak menggunakannya untuk apa jua penerbitan/ program LOISB dan DBP.

  1. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.